“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan
lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia
menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang
dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
(Ar-Rum:54)
Hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun,
hakikat yang dialami dan dilalui oleh semua makhluk di muka bumi ini, iaitu
hidup ini sentiasa berubah.
Asalnya kita tidak ada di sini. Sekarang ada dan akan
tiba masanya kita tidak akan berada lagi di sini.
Hidup bermula dengan lemah. Lemah dengan erti kata
yang sebenarnya. Tidak mampu mengurus diri sendiri; makan, minum, mandi, pakai
baju, termasuk mencuci najis yang keluar dari badan sendiri.
Kemudian, hari demi hari kita membesar, belajar,
pandai, kuat dan matang.
Selepas itu kekuatan mula menurun. Segala-galanya
menurun; mata jadi kabur, rambut gugur, kulit kendur, dan ingatan beransur
luntur.
Semuanya berlaku mengikut ketentuan dan jadual yang
Maha Pencipta. Kita tidak boleh memilih, tidak berhak untuk campur tangan.
Tidak boleh pilih untuk jadi kanak-kanak selama-lamanya, atau muda sampai
bila-bila.
Maka, jangan pandang hina orang yang lemah kerana kita
juga pernah lemah dan akan jadi lemah.
Jangan sombong ketika kuat dan jangan putus asa ketika
lemah kerana kuat dan lemah pasti bertukar dan berubah.
No comments:
Post a Comment