Seorang pemimpin menerima dan menyimpan hadiah untuk dirinya sehingga
ratusan juta!
Di manakah letak kasih sayangnya kepada rakyat serta kasihan belasnya
kepada rakyat jelata yang bukan sahaja tidak cukup makanan berkhasiat, malah
tidak ada rumah untuk berteduh dan berehat?
Alangkah jauhnya perbezaan dengan sifat RAHMAH serta KEADILAN pemimpin
yang benar-benar BERJIWA RAKYAT.
Diriwayatkan bahawa pada
suatu hari Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. menerima kiriman hadian daripada
gabenornya di Azerbaijan,
Utbah bin Farqad berupa kuih muih yang manis (halwa).
Utusan yang membawa
hadiah itu meletakkan halwa di hadapan Umar.
Umar bertanya: “Apakah
ini?”
Utusan menjawab: “Halwa
yang dimasak oleh penduduk Azerbaijan. Gabenormu, Utbah mengutusku supaya
menyampaikannya kepadamu.”
Umar mengambil secubit
halwa dan mengecapinya. Dia mendapati rasanya sangat enak dan menyelerakan. Lalu
dia bertanya: “Adakah semua muslimin di sana makan makanan ini?”
Utusan menjawab: “Tidak!
Sesungguhnya ini adalah makanan khusus untuk orang-orang tertentu.”
Lantas Umar r.a. menutup
kembali bekas makanan itu dengan kemas lalu berkata kepada utusan: “Di manakah unta
tungganganmu? Ambillah hadiah yang kamu bawa ini dan pulangkan kepada Utbah. Katakanlah
kepadanya: “Umar berpesan kepadamu, bertaqwalah kepada Allah dan kenyanglah
kamu (makanlah) dengan apa yang dikenyangi (dimakan) oleh muslimin!” (nabulsi.com)
No comments:
Post a Comment