Wednesday, October 30, 2019

KEPENTINGAN SOLAT (MOHON TULAR!!!)


Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya amalan pertama yang diperhitungkan ke atas seseorang hamba pada hari qiamat kelak adalah solatnya.
Jika solatnya elok dan sempurna, maka sesungguhnya dia selamat dan berjaya. 
Jika solatnya rosak, maka sesungguhnya dia rugi dan keciwa.
Jika terdapat kekurangan pada solatnya yang fardhu, Allah Ta’ala memerintahkan malaikat: “Lihatlah kamu, adakah hambaKu melakukan solat sunat? Sekiranya ada, lengkapkanlah dengan solat sunat itu apa yang kurang daripada solat fardhunya!”
Kemudian begitulah caranya dihisab amalan-amalan yang lain.”

Hadis riwayat Abu Daud (864), At-Tirmizi (413), An-Nasaei (465) daripada Abu Hurairah r.a.

Hadis ini jelas menunjukkan untuk selamat dan berjaya di akhirat hanyalah dengan menyempurnakan SOLAT. 
Justeru, sama-samalah kita berusaha menunaikan SOLAT dengan sempurna in syaa Allah.

#fastabiqulkhairat

No comments: