SABARNYA SEORANG MURABBI
Membaca kisah Nabi Musa ‘alaihis-salam bersama kaumnya Bani
Israel kita rasa amat kagum dan terpegun dengan ketabahan dan kesabaran baginda
berhadapan dengan kaum yang amat degil, jahil dan biadab.
Perhatikan kisah ketika baginda menyampaikan perintah Allah
supaya menyembelih seekur lembu yang Allah bentangkan kepada kita daripada ayat
67 hingga 73 surah al-Baqarah.
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina".
Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?"
Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah
seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak
patut)".(Al-Baqarah 2:67)
Mereka mengajukan soalan demi soalan dengan nada dan bahasa
yang amat-amat tidak wajar kepada seseorang yang dipilih sebagai utusan Allah kepada
mereka.
Bermula dengan soalan “adakah engkau main-main?” kemudian
tanya pula, apa sifat lembu itu, apa warnanya, apa kegunaannya dan
berbagai-bagai soalan yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri.
Namun begitu, Nabi Allah Musa ‘alaihis-salam tetap tenang,
mengangkat soalan-soalan bodoh itu kepada Yang Maha Mengetahui dan menyampaikan
jawapan yang diterimanya kepada mereka. Tiada sepatahpun terkeluar dari
bibirnya kata-kata kesat, tengking atau marah. Hanya ketika mereka bertanya “adakah
engkau main-main?” bagnida menjawab: "Aku berlindung kepada Allah
daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil.” Yang secara tak
langsung mahu mengingatkan mereka bahawa “main-main” atau “mempermain-mainkan”
itu bukanlah sifat yang patut ada ada pada seseorang yang berakal dan berilmu. Namun
mereka sedikitpun tidak menghiraukan peringatan itu. Sebaliknya terus
mengajukan soalan-soalan yang menggambarkan kejahilan dan kebiadapan mereka.
Semoga kita dapat mencontohi kesabaran Nabi Musa dan
menjauhi sikap jahil dan degil kaumnya.
No comments:
Post a Comment