Adakah anda seorang isteri yang selalu tertekan dengan perangai serta cara layanan suami atau suami yang selalu tertekan dengan perangai isteri?
Inilah doa yang dijar oleh junjungan kita, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ مِنْ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata:
Di antara doa Rasulullah s.a.w. adalah:
“Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu dari jiran yang jahat, dari pasangan yang membuatkan aku beruban sebelum tiba masa beruban, dari anak yang menjadi tuan ke atas diriku, dari harta yang membuatkan aku disiksa, dari teman yang menipu; matanya melihatku hatinya mengawasiku; sekiranya dia melihat kebaikanku dia mengambusnya, dan sekiranya dia melihat kejahatanku dia menularkannya!” Riwayat AlTabrani dengan sanadnya.
Doa ini juga sebenarnya sangat menyeluruh. Merangkumi permasalahan dengan jiran, anak, harta dan teman rapat.
Semoga Allah qabulkan doa-doa kita dan sejahterakan hidup kita di dunia dan akhirat
*UMD*
25022020/01071441
No comments:
Post a Comment