Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu.
Orang yang berdusta dipercayai.
Orang yang benar didustai
Orang yang khianat diberikan amanah
Orang yang amanah dikatakan khianat
Yang lantang berbicara ialah RUWAIBIDHAH
Baginda s.a.w. ditanya, apakah RUWABIDHAH?
Baginda s.a.w. menjawab: “Orang bodoh yang berbicara tentang urusan orang ramai.” Riwayat Ahmad dan Ibn Majah
Allahu Akbar!
Alangkah sedihnya...
Dunia yang penuh dengan penipuan
Kaca disangka intan
Tembaga disangka emas
Pengkhianat disangka penyelamat
Petualang disangka pejuang
Ketulan tahi disangka pengat pisang!
Puncanya?
Urusan hidup dikuasai RUWAIBIDHAH
Berbicara tanpa ilmu
Berkhutbah tanpa hujjah
Memerintah tanpa amanah
Memimpin tanpa kompas
Mentadbir tanpa hikmah
Selamatkah kita?
Mungkin tidak!
Jika al-Quran tidak dipegang
Jika al-Sunnah tidak dihadam
Jika akal direhatkan
Jika ilmu tidak ditingkatkan
Jika silap memilih teman
Jika mata hanya melihat kilauan
Lantas tidak dapat membezakan
Antara kebenaran dengan kepalsuan
Ya Allah, selamatkanlah kami dari dikuasai RUWAIBIDHAH!
No comments:
Post a Comment