Kedua: Bahaya pengembangan syi’ah di dunia
Islam. tidak syak lagi bahawa pengembangan syi’ah bergerak dengan langkah yang
perlahan dan berterusan. Mulanya tidak melangkahi tempat-tempat tradisinya
syi’ah tersebar seperti Iran, Iraq dan Lubnan. Sekarang, secara kekuatan telah
menjalar ke Bahrain, Emirit, Suria, Jordan, Saudi, Mesir, Afghanistan, Pakistan
dan lain-lain Negara Islam. Lebih bahaya daripada itu ramai di kalangan mereka
menganut fahaman syi’ah dalam keadaan mereka tidak menyangka bahawa diri mereka
telah jadi syi’ah. Kami telah menerima beberapa artikel yang agak banyak juga
dihantarkan kepada kami oleh beberapa orang penulis yang mendakwa dirinya
sunni, tetapi sarat dengan fikrah serta manhaj syi’ah. Bukan satu rahsia lagi
terdapat serangan dan celaan secara terang-terangan terhadap sahabat di
dada-dada akhbar dan saluran TV di Negara sunni. Akhir-akhir ini, yang paling
masyhur dan menonjol ialah serangan yang ditujukan kepada Sayyidatuna Aisyah
r.a. melalui salah satu akhbar di Mesir dan serangan yang dihalakan kepada
al-Bukhari rahimahullah. Begitu juga terdapat rancangan TV yang diterbitkan
oleh seorang wartawan terkenal, di mana dalam setiap siri terdapat celaan
terhadap para sahabat r.a.
Perkara yang tambah menyulitkan, dan tidak
mungkin didiamkan ialah berlaku gabungan antara manhaj syi’ah dengan manhaj
sufi dengan alasan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi cintakan Ahli
Bait. Sebagaimana kita ketahui, mazhab-mazhab sufi bertebaran di kebanyakan
Negara-negara Islam. mazhab-mazhab sufi ini pula diselaputi dengan banyak perkara-perkara bid’ah
dan mungkar. Dan terdapat persamaan dengan syi’ah dalam setengah perkara
seperti puja kubur Ahli Bait. Dengan itu penyebaran syi’ah adalah sesuatu yang
tidak boleh dielakkan dalam suasana meluasnya kumpulan-kumpulan sufi di
Negara-negara Islam.
Ketiga: Kedudukan Iraq sekarang amat bahaya.
Pembunuhan muslimin sunni dengan sebab kecenderungan mereka kepada sunnah berlaku berulang-ulang dan
menjadi satu kebiasaan. Setiausaha Agung Jabhah Ulamak Muslimin Sunnah di Iraq,
Harith adh-Dhari menyebut bahawa di sana terdapat lebih daripada 100,000 sunni
dibunuh oleh puak syi’ah dalam tempoh antata 2003 – 2006 sahaja. Di samping itu
terdapat proses penghijrahan yang berterusan dari setengah-setengah tempat
untuk memudahkan penguasaan syi’ah ke atas mereka. Tambahan kepada itu,
orang-orang yang berhijrah ke luar Iraq, kebanyakannya terdiri dari penganut sunnah. Ini membawa kepada perubahan yang membimbangkan dari segi susunan
penduduk yang akan mengakibatkan bahaya yang amat parah.
Persoalannya, apakah fitnah mendedahkan isu
syi’ah ini lebih berbahaya daripada pembunuhan begitu ramai yang dilakukan ke
atas penganut sunnah? Sampai bilakah kita mesti berdiam diri tentang hal ini?
Dan semua pihak mengetahui bahawa Iran menyokong sepenuhnya operasi pembunuhan
mereka yang cenderung kepada sunnah di Iraq ini.
Keempat: Ketamakan Iran kepada Iraq amat jelas.
Bahkan ia dinyatakan secara jelas dan terus terang. Sesungguhnya sebelum ini
telah berlaku peperangan yang panjang antara keduanya menjangkau lapan tahun
genap. Dan sekarang jalannya terbentang luas, lebih-lebih lagi Iraq mempunyai
kedudukan yang paling penting kepada Syi’ah. Di Iraq terdapat tempat-tempat
suci penganut syi’ah, kubur enam orang daripada imam-imam mereka, kubur Imam
Ali bin Abi Talib r.a. di Najaf, kubur Husain di Karbala’, kubur Musa al-Kazim,
Muahammad al-Jawwad di Baghdad, kubur Muhammad al-Hadi dan Hasan ‘Askari di
Samira’. Selain itu terdapat tempat-tempat yang disangka kubur bagi kebanyakan
para Nabi seperti Adam, Nuh, Hud dan Soleh di an-Najaf al-Asyraf. Dan
sebagaimana sedia maklum, sangkaan itu tidak sahih.
Tambah kepada bahaya ketamakan syi’ah kepada
Iraq, Amerika berdiri berdiri teguh di belakang dan menyokongnya. Semua kita
dapat lihat betapa kerajaan syi’ah dijaga dan didukung oleh Amerika. Jangan
terpedaya dengan lakonan tuduh menuduh antara Amerika dan Iran. Sesungguhnya
Amerika tidak pernah terfikir langsung untuk menyerang Iran sebagaimana yang
telah kami jelaskan di dalam artikel “Ba’ba’ di bawah penguasaan”. Apa yang
lebih membimbangkan mereka bukan setakat tamak kepada minyak Iraq dan segala
kekayaannya, bukan setakat meluaskan tanah jajahan takluk syi’ah, tetapi lebih
teruk daripada itu, jenayah dan keganasan merupakan sebahagian daripada agama di
sisi mereka. Syi’ah menganggap para sahabat radhiallahu’anhum serta pengikut
mereka dari kalangan sunnah yang melancarkan permusuhan dengan Ahli Bait.
Mereka menamakannya sebagai nasibah atau nawasib. Pada hal kita (sunni) lebih
menghormati Ahli Bait berbanding dengan mereka. Hasil tohmahan itu, mereka
mengeluarkan hukum yang sangat bahaya. Umpamanya, Khomaini berkata: “Dan lebih
kuat, kita samakan an-Nasib dengan kafir harbi. Harus mengambil ghanimah (harta
rampasan perang) daripada mereka dan diambil 1/5 daripadanya. Bahkan yang
zahirnya harus mengambil harta mereka di mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun.
Dan wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya.”
Dan ketika ditanya Imam mereka, Muhammad
as-Sadiq ar-Ruhani tentang hukum orang yang mengingkari jawatan kepimpinan imam
12 mereka, jawapannya sungguh pelik! Dia berkata: “Sesungguhnya imamah lebih
tinggi maqamnya daripada nubuwwah. Dan sesungguhnya kesempurnaan agama dengan
perlantikan Imam Amirul-Mu’mini (Ali) sebagai Imam. Allah Ta’ala berfirman
(Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu – al-Maidah:3).
Sesiapa yang tidak beri’tiqad dengan Imamah imam-imam 12, dia mati sebagai
kafir.” Sesungguhnya kami telah sebut di dalam artikel “Asal-usul Syi’ah”
bahawa Khomaini berkata di dalam kitabnya Hukumah Islamiyyah, bahawa imam-imam
darjat mereka sampai ke darjat yang tidak sampai kepadanya malaikat yang muqarrabin dan nabi-nabi yang diutus. Maka tidak mengiktiraf imam-imam ini lebih teruk daripada
tidak mengiktiraf Rasulullah s.a.w.” Di sini kita lihat, dia mentafsirkan titik
kekufuran di sisi mereka dan dari situ lahir hukum halalnya darah ahli sunnah
di Iraq dan lain-lain. Dari situ juga mereka menganggap penggabungan Iraq di
bawah pemerintahan mereka adalah satu kemestian. Iraq yang mengandungi
tempat-tempat suci mereka mesti dibebaskan dari tangan orang-orang yang mereka
anggap “kafir”.
Kelima: Ancaman secara langsung ke atas Iraq
tidak terhenti di sempadan itu sahaja. Ketamakan kepada Negara-negara
sekitarnya bertambah meluas. Mereka menganggap Bahrain satu juzuk daripada
Iran. Ini disebut secara terus terang oleh ketua perisik am, Ali Akbar Natiq
Nuri di pejabat ketua revolusi semasa ihtifal mengingati 30 tahun revolusi Iran.
Beliau berkata: “Sesungguhnya Bahrain pada asasnya muhafazah Iran ke 14. Ia
diwakili oleh Naib Majlis Syura Kebangsaan Iran.”
Bukan rahsia bagi kita bahawa Iran telah
menjajah tiga pulau Emirit yang penting di Teluk Arab. Bilangan mereka juga
bertambah dengan ramainya di Emirit. Sekarang telah mencapai 15% daripada
bilangan penduduk, dan mereka menguasai pusat-pusat perniagaan, khususnya di
Dubai.
Begitu juga kedudukannya di Saudi. Keadaannya
tidak begitu stabil. Sejak tercetus revolusi Iran tahun 1979 ketidak stabilan
sering terjadi di Saudi, bahkan boleh dikatakan ia berlaku sejurus selepas
revolusi Iran. Demonstrasi-demonstrasi syi’ah berlaku di Qatif dan Sayhat. Yang
paling teruk ialah demonstrasi yang berlaku pada 19 November 1979. Ia
kadang-kadang memuncak sehingga ke tahap pencerobohan ke atas Baitillahilharam,
seperti yang terjadi pada tahun 1987 dan 1989. Bahkan sebenarnya selepas
kejatuhan rejim Saddam Husain, 450 orang syi’ah di Saudi mengemukakan
permohonan rasmi kepada Putera Raja ketika itu, Abdullah memohon jawatan tinggi
di majlis cabinet, barisan diplomatic, angkatan tentera dan keselamatan dan
mengangkat kedudukan mereka ke majlis syura.
Ali Syamkhani, Penasihat tentera kanan kepada
pemimpin tertinggi revolusi Iran membuat kenyataan bahawa dalam keadaan Amerika
menyerang pusat pembangunan nuclear Iran, maka Iran tidak cukup sekadar
menyerang kepentingan Amerika di Teluk. Bahkan Iran akan menggunakan peluru
berpandu balistik untuk menyerang sasaran-sasaran strategic di Teluk. Begitu
juga pelantar-pelantar minyak dan stesyen-stesyen jana kuasa di Negara-negara
Teluk Arab. Kenyataan ini disiarkan di dalam majalah Times British pada hari
Ahad 10 Jun 2007.
Adakah ini segala-galanya?
Tentu sekali tidak. Di sana terdapat banyak
lagi permasalahan yang kami belum sentuh.
Di dalam artikel ini, kami hanya menyentuh lima
poin yang menjelaskan bahaya syi’ah dan ia sangat serius. Di sana terdapat lima
poin lagi yang amat-amat serius. Aku bimbang sekiranya aku cepat-cepat
menyebutnya sekarang, bermakna aku tidak memberikan haknya yang sebenar.
Lantaran itu aku menangguhkannya terlebih dahulu. Dengan izin Allah aku akan
sebut dalam artikel akan datang. Dan selepas itu kita akan kemukakan apakah
pendekatan yang paling ideal untuk berhadapan dengan mereka dalam suasana yang
genting ini.
Sesungguhnya isu syi’ah bukan isu sampingan
dalam isu umat Islam, di mana ada pihak yang meminta supaya isu ini dibiarkan
atau ditangguhkan. Sesungguhnya isu ini sepatutnya menjadi aulawiyyat di
kalangan umat Islam. Semua kita sepakat bahawa pembebasan Palestin dari tentera
Salib di tangan Salahuddin al-Ayyubi tidak menjadi kenyataan kecuali setelah
Mesir dibebaskan dari pemerintahan Syi’ah Obeidi. Pada ketika itu, Salahuddin tidak berkata
bahawa perang Salib merupakan aulawiyyah, manakala masalah pemerintahan syi’ah
ditangguhkan dahulu. Ini kerana umat Islam tidak akan menang kecuali dengan
aqidah yang murni dan tentera yang ikhlas. Salahuddin tidak akan mengambil
rakyat Mesir untuk berperang bersama dengannya untuk menentukan satu halatuju
yang sangat penting bagi masa depan umat, kecuali bebanan pemerintahan bid’ah
obeidi diangkat dari bahu-bahu mereka. Dan apa yang berlaku pada zaman
Salahuddin di Mesir dahulu, itulah yang seharusnya berlaku di Iraq sekarang
serta di semua Negara-negara yang diancam pengaruh syi’ah. Kita mesti
menjadikan sejarah sebagai ibrah/pengajaran.
Kita memohon kepada Allah agar memuliakan Islam
dan Muslimin.
Sumber:
No comments:
Post a Comment