Nukilan: Majestrit 'Imad Abu Hashim,
Ketua Mahkamah al-Mansurah dan salah
seorang pemimpin yang memperjuangkan kebebasan kehakiman di Mesir. Qasidah ini
adalah dedikasi buat Asma' el-Beltagi
Wahai anak-anak kami
Wahai anak-anak kami, dengan kasut mereka
pukul kita
Sekiranya bapa-bapa kamu enggan bersuara
Mereka akan buka pintu-pintu yang dikunci
Sekiranya kami takut kepada pembantai
Dan kami gerun kepada tali gantung
Sekiranya kami berkata kepada kamu
Sesungguhnya musuh-musuh kita hari ini
menjadikan kami orang-orang yang tertindas.
Wahai anak-anak kami
Sekiranya kami tidak membawa kepada kamu
orang yang menajiskan bumi yang suci
Yang membakar manusia
Dari Aswan
Ke Cairo
Yang mengkebulurkan anak-anak di bumi
Ghazzah (Gaza)
Dan an-Nasirah (Suria)
Katakanlah bahawa sesungguhnya kami adalah
memalukan
Tinggalkanlah kami
Isytiharkanlah bahawa sesungguhnya kami
mensia-siakan kewajipan kami
Menghalalkan apa yang dilakukan oleh musuh
Katakanlah
Bahawa kamu bukan lahir dari sulbi kami
Katakanlah
Bahawa kamu datang daripada pelacuran
Dan saliblah kami dengan segera di
batang-batang kurma
Jangan kamu kasihankan kami
Kumpulkan anak-anak batu dari seluruh
pelusuh negara
Supaya kamu dapat merejam kami.
Wahai anak-anak kami
Seandainya kami hanya membawa kepada kamu
gula-gula sahaja
Marahlah kami
Campakkan gula-gula itu ke muka kami
Ludahlah muka kami
Peganglah janggut kami
Rentaplah
Ludahlah
Menangislah sekuat suara kamu
Isytiharkan keperempuanan kami
Pakaikan kami pakaian perempuan
Lalu berceritalah kamu tentang keperwiraan
seorang bidadari
Namanya Asma'
Katakanlah sesungguhnya kami sebenarnya
telah mati ketika mana kami kembali
Dan kami tinggalkan di belakang kami Asma'
Katakanlah sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang mati
Dan sesungguhnya telah hidup Asma'
Telah hidup Asma'
http://www.egyptwindow.net/Details.aspx?Kind=24&News_ID=1484
No comments:
Post a Comment