Duhai hamba yang lemah!
Bagaimana mungkin kamu derhaka kepada Yang sentiasa Memberi tanpa henti?
Duhai hamba yang lemah!
Bagaimana mungkin kamu derhaka kepada Yang Memuliakan kamu dengan kurnia-Nya
Duhai hamba yang lemah!
Bagaimana mungkin kamu menyambut ihsan (kebaikan) dengan kufran (keingkaran)?
Bagaimana mungkin Dia memberi kamu ni’mat-ni’mat, kamu sambutnya dengan maksiat?
Tidakkah kamu malu kepada Allah?
Tidakkah kamu segan kepada Dia Yang Maha Besar, Maha Hebat?
Tidakkah kamu bersedia menyahut seruan-Nya?
Tidakkah kamu takut kepada Dia Yang sentiasa Memerhati?
Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji!
And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Sunday, February 28, 2010
Friday, February 26, 2010
SIAPA AKAN BERSAMA NABI S.A.W.

عَنْ عائشةَ رَضِيَ الله عَنْهَا قالَتْ
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ
يَا رَسُولَ الله ! إِنَّكَ لأَحَبّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَإِنَّكَ لأَحَبّ إِلَيَّ مِنْ أَهْلِي وَأَحَبّ إِلَيَّ مِنْ وِلْدِي
وَإِنِّي لأَكُون فِي البَيْتِ فَأَذْكُرَكَ فَمَا أَصْبِر حَتَّى آتِيكَ فَأَنْظُرُ إِلَيْكَ
وَإِذَا ذَكَرْتُ مَوْتِي وَمَوْتكَ عَرَفْتُ أَنَّكَ إِذَا دَخَلْتَ الجَنَّةَ رُفِعْتَ مَعَ النَّبِيِّينَ
وَإِنِّي إِذَا دَخَلْتُ الجَنَّةَ خَشِيتُ أَنْ لا أَرَاكَ
فَلَمْ يَرُدّ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا حَتَّى نَزَلَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلام بِهَذِهِ الآيَةِ
وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
النساء/69
أخرجه الطبراني في " المعجم الأوسط " وصححه الألباني في "السلسلة الصحيحة".
Daripada Aisyah r.a. katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya):
Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Aku benar-benar mencintaimu lebih daripada keluarku dan anak-anakku.
Sesungguhnya ketika aku berada di rumah, aku mengingatimu. Aku tidak dapat sabar sehinggalah aku datang menemuimu dan memandangmu.
Dan apabila aku teringat suatu hari aku akan mati dan Rasulullah juga akan mati, maka aku sangat bimbang tidak dapat melihatmu lagi kerana engkau pastinya akan diangkat ke tempat yang tinggi bersama para nabi!
Rasulullah s.a.w. diam membisu mendengar kata-kata sahabat yang tulus ikhlas itu sehinggalah Jibril turun membacakan ayat (maksudnya):
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (An-Nisa':69)
Wednesday, February 24, 2010
AKU SEORANG PEREMPUAN

Aku adalah orang yang dimuliakan dengan pangkat IBU
Dia menjadikan hatiku tempat orang lain menagih cinta dan rindu
Aku adalah orang yang Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar berlemah lembut denganku
Aku juga digambarkannya dengan gambaran yang indah dan syahdu
Tidak kira sama ada aku
seorang gadis
seorang isteri
seorang janda
atau seorang balu…
aku tetap seorang perempuan!
Perkahwinan tidak menambahkan kemuliaanku
Perceraian tidak mengurangkan keperempuananku
Menjadi andartu tidak menyebabkan aku menjadi malu!
Aku adalah seorang perempuan
Di dalam diriku lautan kemesraan dan mimpi sebesar gergasi
Ada cinta dan kelembutannya
Ada kasih dan romantisnya
Di wajahku nan ayu
Ada segunung sabar dan benteng keluli.
Aku seorang perempuan
Aku bisa menangis andai kulitku yang lembut ditusuk duri yang kecil
Namun aku bisa berdiri teguh menghadapi ribut taufan yang melanda hatiku yang lemah.
Aku seorang perempuan
Gembiranya aku memperoleh cinta seperti gembiranya si kecil mendapat mainan baru yang comel
Di kala serius aku laksana 100 orang lelaki
Di kala bermain aku lembut dan manja
Aku seorang perempuan
Aku bukan tawanan atau tebusan di tangan lelaki yang ingin menghancurkan
Sekiranya dia menghendaki aku sebagai kawan
Aku menjadi penunjuk jalan
Aku menjadi penenang dan tempat dia berlabuh pulang
Aku selimuti dia dengan cinta yang melimpah laksana sungai.
Aku seorang perempuan
Adakah engkau tau siapa aku
wahai lelaki terhormat,
wahai suami tersayang?
Wednesday, February 17, 2010
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Ikhlas adalah tajuk yang dipilih oleh Imam an-Nawawi untuk dijadikan tajuk pertama di dalam kitabnya Riadh as-Solihin dan Hadis Arba’ein an-Nawawiyyah. Tajuk yang diilhamkan dari sepotong Hadis yang disampaikan oleh sahabat besar yang sangat hebat, iaitu sayyidina Umar bin al-Khattab (رضي الله عنه )
Kepentingan Hadis ini serta isi kandungannya digambarkan oleh Abd ar-Rahman bin Mahdi (135-198H), seorang muhaddith yang thiqah dengan kata-katanya: sekiranya aku menulis kitab yang mengandungi beberapa bab, nescaya akan aku letakkan Hadis Umar ini pada setiap bab.
Seorang ulamak besar kurun ke 7 hijriah, Ibn Abi Jamrah berkata: aku bercita-cita kalaulah ada di kalangan fuqahak seorang yang tidak ada lain kerjanya kecuali mengajar manusia tentang tujuan setiap amalan yang mereka lakukan. Dia duduk mengajar peranan dan kepentingan niat, itu sahaja. Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak ditimpa musibah selain daripada mensia-sia niat.
Kata-kata itu memang ada asasnya. Allah (عز و جل) tidak memerintahkan hamba-Nya kecuali mengikhlaskan niat di dalam beribadah kepada-Nya seperti firman-Nya:
وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
(Al-Bayyinah:5)
Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ) bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menerima daripada amalan itu kecuali yang ikhlas dan mencari keredhaan-Nya”. (Menurut al-Albani, Hadis Hasan)
Apa maksud ikhlas?
Imam Ibn al-Qayyim (رحمه الله ) di dalam kitab Madarij as-Salikin, mengemukakan beberapa pandangan ulamak mengenai ikhlas.
Pertama: Ikhlas ialah mengesakan al-Haq (Allah) pada niat di dalam taat. Maksudnya, ketaatan yang dilakukan dengan niat semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya.
Kedua: Menyingkirkan perbuatan daripada pemerhatian makhluk. Maksudnya, elakkan perbuatan kita daripada tujuan mendapat perhatian manusia.
Ketiga: Amalan yang dilakukan oleh seseroang hamba itu sama pada zahir dan batin.
Keempat: Muslim meletakkan qasad (tujuan) segala perkataan dan perbuatannya hanyalah Wajah Allah Ta’ala. Dia mengharap pahala dan takut siksa, menghindarkan ria’ dan kemasyhuran di kalangan manusia.
Kelima: Lupa memandang makhluk kerana sentiasa melihat kepada al-Khaliq.
Semua makna yang dikemukakan, walaupun susunan ayatnya tampak berbeza, ia hanya menunjukkan satu pengertian bahawa ikhlas adalah satu tuntutan dan syarat diterima segala amalan.
Di dalam beberapa riwayat, Nabi (صلى الله عليه وسلم) memberi peingatan yang cukup jelas, amalan yang tidak ikhlas bukan sahaja tidak diterima, sebaliknya ia menjadi penyebab binasanya seseorang hamba. Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan bahawa baginda telah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari redha Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat menghidu wanginya syurga pada hari qiamat kelak”.
Bagaimana mengikhlaskan niat?
Terdapat beberapa cara dan langkah yang boleh membantu dalam usaha membersihkan hati daripada anasir-anasir yang mencemarkan niat.
1. Mujahadah an-nafs, iaitu usaha gigih yang berterusan melawan nafsu yang terselit di dalam diri sendiri. Seorang ahli sufi yang terkenal waraknya, Sahal at-Tasatturiy (200-283H) pernah ditanya tentang sesuatu yang paling sukar diterima oleh nafsu. Beliau menjawab, ikhlas!
2. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.
3. Memahami dan menghayati Kesempurnaan, Kekuasaan, Keagungan, Kekayaan, Pengawasan dan Keluasan kurniaan Allah di samping menginsafi kelemahan, kefaqiran, kehinaan dan ketidak upayaan hamba. Apakah patut kita berharap kepada hamba yang lemah dan membelakangkan Dia yang Maha Kuasa dan Maha Kaya?
4. Banyakkan doa, meminta dan merayu kepada-Nya agar dikurniakan hati yang ikhlas
(يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك)
(يا حي يا قيوم أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين أبدا)
(اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئا أعلمه وأستغفرك مما لا أعلمه)
5. Rahsiakan ibadah dan kebaikan yang dilakukan seboleh mungkin.
6. Mengkritik diri dan menghisabnya dari masa ke masa berkaitan dengan niat.
7. Memerhati akan pantasnya kehidupan dunia dan cepatnya menuju kehancuran, seraya berfikir tentang akhirat, kenikmatan serta kesengsaraan yang tidak berkesudahan.
8. Waspada sentiasa terhadap godaan perasaan kagum kepada diri sendiri, seronok dipuji, suka memimpin dan menonjolkan diri. Perhati dan rawati selalu agar tidak bertapak menjadi penyakit yang sukar diubati.
الله أعلم

Thursday, February 11, 2010
Beberapa butir pertama tinggalan Ibn al-Qayyim

Permata yang sungguh berharga untuk dikutip dan digubah menjadi perhiasan dan penyeri kehidupan. Inilah sebahagian daripadanya:
1. Hati yang bergantung dengan syahawat terhijab daripada Allah sekadar pergantungan itu.
2. Hati adalah bejana Allah di buminya. Yang paling disukainya ialah hati yang paling lembut, paling kental dan paling bersih.
3. Runtuhnya hati kerana berasa aman daripada azab Allah serta leka dari mengingati-Nya. Dan membangunnya hati kerana takut kepada-Nya serta selalu mengingati-Nya.
4. Sesiapa yang meneguhkan kedudukan hatinya di sisi Tuhannya, akan rasa tenang dan aman. Sesiapa yang membiarkan hatinya merayau di tengah-tengah manusia, tidak akan tenteram dan selalu dihambat perasaan resah dan gelisah.
5. Hati diserang penyakit seperti tubuh badan. Penawarnya adalah taubat dan memelihara diri daripada dosa dan maksiat.
6. Hati akan berkarat seperti berkaratnya cermin. Membersihkannya adalah dengan zikir.
7. Hati pada asalnya tidak memakai apa-apa perhiasan seperti jasad. Perhiasannya adalah taqwa.
8. Hati berasa lapar dan dahaga seperti apa yang dialami oleh badan kita. Makanan dan minumannya ialah makrifah (mengenal) Allah, tawakkal kepada-Nya, cinta kepada-Nya dan kembali ke dalam dakapan-Nya.
9. Hati hanya berkunjung dan merayau-rayau pada enam tempat, tidak lebih daripada itu. Tiga tempat yang rendah dan tiga tempat yang tinggi.
Tempat rendah yang dikunjungi roh-roh yang hina ialah: dunia yang dia berhias untuknya, nafsu yang menjadi teman bicaranya dan musuh yang membisikan kejahatan kepadanya. Tempat tinggi yang digemari hati yang suci ialah: ilmu yang menunjukkan jalan yang benar, akal yang menerangi kegelapan dan Tuhan yang disembahnya.
10. Apabila manusia berasa cukup dengan dunia mereka, maka hendaklah engkau rasa cukup dengan Allah. Apabila mereka rasa gembira dengan dunia mereka, maka bergembiralah engkau dengan Allah. Apabila mereka rasa seronok ditemani kekasih mereka, maka cukuplah engkau rasa bahagia ditemani Allah.
11. Hamba berdiri di hadapan Allah pada dua tempat, dia berdiri di hadapan-Nya ketika solat dan berdiri mengadap-Nya pada hari pertemuan dengan-Nya kelak. Sesiapa yang membetulkan pendiriannya waktu dia berdiri yang pertama, mudahlah baginya waktu berdiri yang kedua, dan sesiapa yang meringan-ringankan pendiriannya waktu dia berdiri yang pertama dan tidak menyempurnakan haknya, dia akan menghadapi kesulitan ketika berdiri kali yang kedua.
Saturday, February 06, 2010
APAKAH NILAI BERITA INI?
Pagi ini, 6 Feb 2010 bersamaan 21 Safar 1431 saya terbaca satu berita yang disiarkan di dalam sebuah akhbar harian tanah air yang terkemuka(versi internet). Tajuk serta isi kandungannya saya copy & paste di bawah:
Kehadiran lelaki berjanggut panjang tarik perhatian
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke Isnin ini.
Hari keempat perbicaraan itu kelak dijangka bertambah menarik kerana saksi pendakwaan yang juga pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan disoal balas oleh peguam bela utama Anwar, Karpal Singh.
Pada prosiding hari ini, penangguhan dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sejurus selepas kesemua pihak yang terlibat dalam perbicaraan tersebut melawat lokasi kejadian untuk kali kedua.
Lawatan hari ini tertumpu kepada pejabat pengurusan yang merupakan tempat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibuat dan disimpan.
Sementara itu, kehadiran seorang lelaki berpakaian serba putih dipercayai berketurunan Singh sejak perbicaraan bermula pada Selasa lalu menarik perhatian pihak media termasuk blogger.
Lelaki bermisai dan berjanggut panjang sehingga paras dada yang tingginya kira-kira 180 sentimeter itu sering dilihat memegang tasbih.
Dia kerap kelihatan seawal pukul 6.30 dan 6.45 pagi ditemani seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya.
Sikapnya yang tidak begitu mesra kecuali dengan penyokong Anwar menimbulkan pelbagai tanda-tanya.
-------------------------------------------------------------------------------------
Apa tujuan dan apa nilainya ia disiarkan kalau pelapor sendiri tidak tahu tentang tujuan kedatangan lelaki itu?
Susah sangat ke nak pergi tanya kalau betul nak tahu?
Adakah pelapor mahu pembaca yang pergi tanya?
Atau hanya sengaja nak timbulkan syak wasangka kepada sesama manusia?
Sesungguhnya sangka buruk adalah haram dan dilarang oleh Allah s.w.t.
Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujurat 49:12)

Saturday, January 30, 2010
ANTARA DUA PINTU (sambungan)

MASJID KACA DI JERMAN
- Tidak! Namun jiwaku diresapi ketenangan batin yang tidak pernah ana rasai seblumnya. Ana dapat rasakan bahawa alam ini mempunyai Pencipta dan Pemberi rezeki, dan ana dapat berhubung dengan-Nya secara langsung di saat itu. Ana benar-benar merasai bahawa ana bersama dengan-Nya di waktu sujud dan ruku’ yang singkat itu. Ana rasa, buat kali pertamanya bahawa ana sangat dekat dengan-Nya dan ana dapat meminta apa saja yang ana mahu daripada-Nya. Ana meninggalkan Mesir. Tetapi detik-detik yang singkat itu tidak pernah lenyap dari ruh ana walau seketika. Fikiran ana selalu memikirkan tentang solat secara Islam dari masa ke masa.
- Kemudian apa yang berlaku selepas itu?
- Beberapa tahun selepas itu, syarikat tempat ana bekerja menghantar ana bertugas di sebuah kampung kecil di Jerman untuk beberapa tahun. Di kampung tersebut ana melihat suatu pemandangan yang pelik. Itulah yang menjadi sebab ana memeluk Islam.
- Pemandangan yang pelik di Jerman? Apa dia?
- Ana melihat sebuah masjid lut sinar!
- Masjid lut sinar?
- Ya! Ketika para pendatang Islam ingin membina masjid di kampung tersebut, penduduknya menentang keras. Mereka mengatakan kemungkinan masjid itu dijadikan tempat menyimpan senjata secara rahsia, atau tempat mereka merancang aktiviti keganasan serta melatih para pengganas, dan lain-lain tuduhan dan kebimbangan yang tidak berasas. Di kalangan kaum muslimin terdapat seorang jurutera bangunan. Dia mencadangkan sebuah bangunan masjid yang dibuat daripada kaca. Dengan itu semua penduduk kampung boleh melihat apa yang berlaku di dalam masjid. Sungguh benar! Ketika ana melintasi masjid tersebut, ana melihat kaum muslimin sedang berbaris menunaikan solat Maghrib. Menyirap darah ana ditusuk rindu terhadap kelazatan solat yang telah tertanam beberapa tahun lalu ketika bersolat di Kahirah. Ana memberhentikan kereta, mengambil wuduk dan bersolat bersama dengan mereka. Selepas solat, ana keluar dari masjid dengan perasaan yang terbuai-buai diulit ketenangan.
- Lalu anta isytihar masuk Islam?
Dia tersenyum menyambut soalanku yang tidak sabar ingin mengetahui detik perisytiharannya sebagai muslim. Sebentar kemudian dia menyambung dengan nada suara yang lembut.
- Ketika ana berjalan keluar dari masjid, ana terpandang sekeping kertas yang tertulis waktu-waktu solat. Ana tanamkan di dalam ingatan waktu solat fajar. Apabila ana merebahkan badan di pembaringan, ana tidak dapat tidur. Fikiran ana terus diburu ingatan kepada rasa nikmat yang tidak pernah ana kecapi sebelum ini. Telinga ana terngiang-ngiang mendengar bisikan yang menyeru ana agar menyahut seruan Allah. Bisikan itu tidak putus-putus memanggil ana hinggalah tiba waktu solat fajar. Ana segera keluar ke masjid, berwuduk dan solat. Ana rasa amat dekat dengan Pencipta ana. Ana rasa cahaya mennyelinap ke dalam hati dan berenangrenang di dalam darah ana. Dan ketika sujud ana menangis teresak-esak tanpa mengetahui sebabnya. Tetapi tangisan itu sungguh nikmat dan menenangkan. Selepas solat, para jamaah mengerumuni ana. Ana memberitahu mereka bahawa bukan muslim. Seorang guru bangkit dan mengusap dada ana seraya membaca surah To Ha. Maka sekali lagi ana menangis sungguh-sungguh. Semua jamaah di sekeliling ana turut menangis. Selama ini apa yang ana belajar, orang lelaki tidak boleh menangis. Tetapi Islam mengajar ana bahawa menangis itulah kemuncak kelelakian! Lihat, Umar bin al-Khattab! Lelaki yang gagah perkasa, menangis! Harun ar-Rasyid, raja yang memerintah dunia, menangis! Maka ana mengisytiharkan memeluk Islam disahut gema takbir para jamaah di dalam masjid!
Aku meraba titis-titis air yang berguguran dari mataku sedang aku terkedu mendengar kehebatan ceritanya. Aku memandang Kaabah yang tersergam megah di hadapanku sambil bertanya diri sendiri: adakah aku pernah menangis walau satu kali cuma kerana lazatnya ibadah atau khusyuknya doa? Kenapa aku tidak pernah menangis sepanjang hidupku? Pemuda Eropah turut membisu seketika. Kemudian dia menyambung:
- Semenjak ana memeluk Islam, ana benar-benar merasai keindahan dalam mentaati Allah, rasa dekat dengan raja segala raja. Ana rasai wujudnya kekuatan yang maha hebat yang mencipta alam semesta dengan segala cakrawala, bintang-bintang dan manusia. Kekuatan yang maha hebat itu membuka pintu-Nya kepada ana dan mengizinkan ana masuk ke balai mengadap-Nya bila-bila masa yang ana kehendaki. Dan perasaan yang sungguh mengkagumkan apabila manusia kerdil seperti ana diizin masuk ke balai Maha Raja bila-bila masa untuk mengadu apa saja tentang bebanan yang ditanggung dalam hidup ini, tanpa hijab, tanpa perantara! Di dalam Islam terdapat hubungan dengan Allah dalam semua perkara. Ada doa ketika jaga dari tidur, doa ketika hendak tidur, ketika keluar dari rumah, naik kenderaan sehinggakan bersinpun ada doa yang khusus!
- Kata-kata yang sungguh indah. Seolah-olah inilah kali pertama ana mendengar hakikat ini!
- Inilah masalah antum. Antum dilahirkan bersama dengan kebenaran ini! Maka antum tidak merenungi rahsianya. Sekiranya antum tadabbur dan memikirkannya, antum akan dapat rasai makna setiap doa-doa ini, betapa mendalam rahsia-rahsianya.
- Ooo begitu rupanya anta berjalan di dalam lingkaran sambil menikmati keindahannya.
- Ya! Kalau anta hayati rahsia doa-doa dan salami makna ayat-ayat suci, anta wujudkan hubungan rahsia yang khusus dengan Allah, maka anta akan hidup di dalam lingkaran bersama manusia pada zahirnya, tetapi pada hakikatnya anta hidup bersama dengan Allah.
Sejak daripada hari itu aku hidup di dalam lingkaran ini: makan, minum, ketawa, keluar rumah, tetapi aku mempunyai hubungan yang khusus dengan Allah di dalam solatku, di waktu malam, di waktu fajar, yang menjadikan aku bahagia, redha dan rindu sentiasa untuk menemui-Nya.
Sesungguhnya hidup yang sebenarnya ada pada kelazatan taat kepada-Nya. Cubalah!!
Thursday, January 28, 2010
ANTARA DUA PINTU

Tahun itu, adik perempuanku meminta aku temankan dia menunaikan umrah. Sebagai mahramnya aku penuhi juga permintaannya dengan perasaan yang agak berat. Namun setelah berada di sekitar Baitillah, aku tidak dapat menafikan ketenangan dan kedamaian memenuhi setiap sudut hatiku.
Selepas menunaikan solat Isya’ di Masjidil-Haram, mataku terpandang seorang pemuda berkulit putih kemerahan, badannya tinggi lampai dan bermata biru. Dengan sekali pandang saja kita dapat pastikan bahawa dia seorang lelaki Eropah. Dengan lilitan kain ihram berwarna putih, jelas menampakkan suatu pemandangan yang agak berlainan kerana jarang sekali kita bertemu dengan muslim berbangsa Eropah yang mengunjungi Rumah Allah yang mulia ini. Inilah sebahagian petanda Allah qabulkan doa Nabi Ibrahim ‘alaihis-salam supaya menjadikan hati-hati sebahagian manusia cenderung kepada rumah ini.
Dia tersenyum memandangku dan aku membalas senyumannya dengan senyuman yang lebih manis. Ketika aku berkira-kira hendak menegurnya dengan bahasa Inggeri Amerika, dia terlebih dahulu menegurku dengan bahasa Arab fusha pelat Inggerinya:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته يا أخي
وعليكم السلام يا أخي
- Anta dari negeri Allah yang mana, ya akhi?
- Ana dari Kuwait. Anta tahu tentang Kuwait? Dan anta pula dari mana?
Aku rasa seolah-olah sedang berlakun dalam satu siri kartun bila aku cuba bercakap fusha buat pertama kalinya dalam hidupku. Terus terang aku katakan, memang aku tidak pernah bercakap bahasa Arab fusha. Sekali sekala aku cuba tiru lahjah Iraq, Mesir, Lubnan dan lain-lain. Namun bahasa fusha, tidak pernah sama sekali.
- Ana dari Belanda. Ana tidak tahu tentang Kuwait kecuali apa yang terlukis di atas peta. Tetapi antum sangat bertuah kerana antum dari Negara Arab dan muslim.
- Antum juga bertuah tinggal di Belanda, sebuah Negara bebas di mana dadah dan candu dijual di kedai-kedai kopi di bawah pengawasan polis!
Dia tersenyum sambil membalas gurauanku dengan bahasa Arab fushanya:
- Antumlah yang bertuah kerana antum berhubung langsung dengan rahsia abadi, candu kebahagiaan yang mengeluarkan antum dari lingkaran!
- Lingkaran apa yang anta maksudkan?
- Lingkaran kehidupan manusia: lahir, masuk sekolah, bekerja, berkahwin kemudian mati!!
سبحان الله ! Orang putih kemerahan ini, yang datang dari kejauhan Eropah sana bercakap dengan bahasa yang sama dengan apa yang ada dalam fikiranku! Dia juga mengetahui tentang lingkaran kehidupan!
Aku menganggukkan kepala seraya berkata:
- Apa caranya untuk kita keluar dari lingkaran ini? Semua kita telah di tentukan begitu!
- Rahsia untuk keluar dari lingkaran itu, antumlah yang memilikinya! Keluarnya antum dari lingkaran itu mestilah dalam lingkungan lingkaran itu juga!
- Ana tidak faham sedikitpun falsafah yang anta cuba kemukakan itu! Bagaimana mungkin ana keluar dari lingkaran sedangkan ana berjalan di dalam lingkungannya?
- Beza antara kami dengan antum adalah, kami terpaksa mengkaji, membaca, membuat perbandingan antara pelbagai falsafah dan pelbagai agama sehingga akhirnya barulah kami sampai kepada kebenaran. Adapun antum, sangat bertuah kerana antum telah mewarisi kebenaran itu, telah tersedia dengan mudah! Mungkin kerana warisan itulah yang menghalang antum daripada berfikir dengan mendalam mengenainya.
- Ana masih bingung dan tidak faham apa yang anta maksudkan?
- Bayangkan anta sekarang berada di atas satu jalan yang panjang dan gelap. Nun jauh di hujung jalan terdapat dua pintu yang tertutup rapat. Setiap manusia pasti akan melalui jalan itu hingga ke penghujungnya. Apabila dia sampai ke penghujung, akan dibukakan untuknya salah satu daripada dua pintu itu untuk dimasukinya…
- Pemandangan yang anih…
- Bayangkan manusia yang melalui jalan itu terdiri daripada dua golongan. Satu golongan mengetahui apa yang ada di balik setiap pintu itu dan satu golongan lagi dalam kebingungan, tidak tahu dan tidak boleh menggambarkan apa yang ada di belakang pintu itu? Kedua-dua golongan itu berjalan menuju ke situ, ke arah dua pintu itu. Jadi pada pandangan anta, golongan manakah yang beruntung?
- Hemmm … mungkin golongan yang mengetahui apa yang ada di belakang pintu itu merasai nikmatnya perjalanan dan mengatahui sebab kenapa dia berjalan. Adapun golongan yang tidak mengetahui tidak akan mengecapi apa-apa kenikmatan bagi setiap langkahnya. Jiwa mereka berada dalam keadaan resah sepanjang jalan…
- Itulah perbandingan antara kami dengan antum. Islam telah menerangkan kepada antum kesudahan perjalanan hidup di dunia ini. Sedangkan kami, kami tidak mengetahui kenapa kami melalui jalan ini? Kami tidak tahu kenapa kami hidup di dalam lingkaran ini? Hati dan minda kami terpinga-pinga mencari makna perjalanan hidup ini. Lantaran itu kami cuba mengaup segala kenikmatan yang kami temui di jalan yang gelap ini. Tetapi malangnya kami tidak mengetahui apa kesudahannya perjalanan ini?
- Bukankah agama Masihi telah menunjukkan kesudahan hidup antum?
- Maaf! Mungkin ana tersilap dalam penjelasan ana tadi. Mengetahui itu satu perkara, dan iman itu satu perkara yang lain. Kebanyakan kami memang mengetahui kesudahan, namun sedikit daripada kalangan kami yang beriman dan yakin dengan apa yang menanti di belakang pintu! Iman dan yakin inilah yang tidak diketahui kecuali mereka yang merasai kelazatannya!
- Bagaimana anta merasai kelazatannya?
- Bagi ana, ana telah hidup di dalam kegelapan bertahun-tahun lamanya. Lantaran itu ketika nampak cahaya, ana tahu perbezaannya, ana tahu kelazatannya…
Aku sedar bahawa lelaki Eropah ini telah menikmati kelazatan beragama yang aku sendiri tidak dapat menikmatinya. Aku dihambat kebingungan! Dia meneruskan bicaranya tanpa diminta…
- Tujuh tahun yang lalu, ketika ana berada di awal usia 20an, ana telah melawat Kahirah. Perkara yang menarik bagi orang Eropah ialah pyramid-pyramid yang cantik, muzium-muzium yang bernilai. Tetapi bagi ana, perkara yang paling menakjubkan adalah ketika melawat sebuah masjid lama yang penuh sejarah. Ketika itu waktu solat Asar. Ana berdiri di pintu masjid menyaksikan satu pemandangan yang biasa bagi antum. Ana melihat orang ramai keluar dari masjid selepas menunaikan solat. Yang menarik perhatian ana ialah wajah-wajah yang kelihatan tenang dan ceria dilimpahi cahaya keimanan, disimbahi ketenangan dan kebahagiaan jiwa yang sukar digambarkan. Ana melihat wajah-wajah yang berbeza daripada apa yang pernah ana saksikan sepanjang hidup ana. Ana melihat senyuman yang paling manis, paling suci yang tidak pernah ana lihat sebelum ini. Ana tidak dapat mengawal diri, lantas menghampiri salah seorang daripada mereka. Ana bertanya dalam bahasa Inggeris, tetapi dia tidak faham apa yang ana tanya. Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dada, dan mereka begitu bersimpati dan mencari-cari siapa di kalangan mereka yang tahu bahasa Inggeris. Akhirnya mereka memanggil salah seorang daripada mereka. Apabila dia menghampiri, ana berkata kepadanya, saya nak buat apa yang kamu semua buat. Saya nak solat! Lelaki itu tersenyum. Dia meminta ana hadir dua jam lagi, iaitu ketika waktu Maghrib. Dia menerangkan sedikit sebanyak tentang waktu solat jamaah diadakan di masjid. Kemudian lelaki miskin yang sederhana itu membawa ana minum syai Mesir yang pekat. Sambil itu dia menerangkan kepada ana tentang solat dengan bahasa Inggerisnya yang tidak lancar. Ana pula bertanya itu dan ini dan dia menjawab dengan segala senang hati dan dada yang lapang sehinggalah berkumandang suara azan dari menara masjid Kahirah yang bergemerlapan. Ana merasakan seolah-olah suara azan mengalir ke seluruh urat nadi ana. Meskipun ana tidak faham langsung maknanya, ana rasakan bahawa itu adalah seruan yang ditujukan khas kepada ana, seruan yang terbit dari atas langit di sebalik celahan bintang-bintang. Kemudian ana mengambil wuduk bersama lelaki tersebut dan solat berjamaah. Ana tidak faham langsung tentang apa yang ana dengar kecuali ‘amin’.
- Lalu anta istiharkan keislaman anta selepas itu?
(panjang pula cerita lelaki Belanda ni, rehat dulu lah! sambung lain kali insya Allah)
Thursday, January 21, 2010
Tinggalan sejarah
Surat berusia lebih kurang 10 kurun ditemui oleh seorang pengkaji yang juga seorang ahli sejarah Perancis. Surat itu ditulis oleh seorang pesakit berbangsa Perancis yang sedang mendapat rawatan di hospital Islam Cordoba, dikirim kepada ayahnya di Paris. Ia menceritakan perkembangan kesihatannya dan keadaan hospital Islam tempat dia menerima rawatan.
Berikut adalah terjemahan surat tersebut…
Ayahandaku yang dikasihi,
Sesungguhnya engkau telah nyatakan di dalam suratmu yang baru ku terima bahawa engkau akan menghantar duit untuk membantu kos rawatanku di sini. Sebenarnya aku tidak memerlukan duit sama sekali kerana rawatan di Hospital Islam di sini adalah PERCUMA.
Di samping itu, pengurusan hospital juga memberikan kupon berjumlah lima dinar kepada setiap pesakit yang hampir sembuh. Kupon itu boleh ditunaikan ketika mereka hendak meninggalkan hospital. Tujuannya adalah supaya mereka tidak perlu bersusah payah bekerja selepas keluar saja dari hospital, sebaliknya mereka boleh berehat untuk beberapa hari yang perlu.
Ayahandaku yang dikasihi,
Sekiranya engkau mempunyai kelapangan untuk datang menziarahiku, engkau dapat jumpa aku berada di wad pembedahan dan rawatan sendi. Ketika engkau memasuki pintu utama, terus membelok ke ruang selatan, di situ akan bertemu bahagian kecemasan dan pusat pemeriksaan pesakit, kemudian barulah bahagian rawatan sendi. Di sebelah bilik saya terdapat sebuah perpustakaan, bilik ulangkaji dan dewan kuliah. Setiap hari para doctor berkumpul di dewan itu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh professor-professor.
Bahagian pesakit wanita pula terletak di blok berasingan dalam kawasan hospital ini. Kaum kelaki tidak dibenarkan memasukinya.
Di sebelah kanan dewan utama terdapat satu ruang besar yang dikhususkan kepada pesakit yang hampir sembuh supaya mereka dapat berehat dan menenangkan fikiran beberapa hari sebelum betul-betul layak keluar dari hospital. Di ruang itu terdapat perpustakaan khusus dan beberapa jenis alat musik.
Ayahandaku yang dikasihi,
Sesungguhnya setiap sudut, setiap ruang dan setiap tempat di hospital ini sungguh bersih. Tilam dan bantal pesakit disarungi kain Damsyiq putih. Selimut pula dibuat daripada sejenis kain yang lembut dan gebu. Setiap bilik di hospital dibekali dengan air bersih yang dialirkan terus melalui paip yang bersambung dengan besar. Setiap bilik juga ada pemanas untuk kegunaan musim sejuk.
Adapun makanan yang disediakan adalah daging ayam dan sayur-sayuran. Sampai ada setengah pesakit yang rasa tidak mahu meninggalkan hospital kerana terlalu gemarkan makanannya yang lazat.
(Itulah sebahagian daripada sejarah kita di kala Islam difahami dan dihayati sepenuhnya. Kini Islam memanggil kita semua untuk bangkit mengembalikan kegemilangan itu.
Ayuh! Jangan bertangguh, bergaduh, tuduh menuduh!)

Wednesday, January 20, 2010
Monday, January 18, 2010
MIND YOUR WORD!!!
Dhamdham bin Jausy al-Yamami menceritakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata kepadanya:
"Wahai Yamami, jangan engkau berkata kepada seseorang, Allah tidak akan ampunkanmu! atau, Allah tidak akan masukkanmu ke dalam syurga selama-lamanya!"
Saya memberitahunya, "wahai Abu Hurairah, kata-kata seperti itu selalu diucapkan oleh salah seorang daripada kami terhadap saudaranya dan sahabatnya apabila dia marah!?"
Beliau menjawab, "jangan ulangi lagi! Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Di kalangan Bani Israel terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya sangat rajin beribadah, manakala seorang lagi bersikap melampau terhadap diri sendiri. Mereka berdua mengaku bersaudara.
Saudara yang rajin beribadah sentiasa mengingatkan saudaranya tentang dosa-dosanya. Dia berkata kepada saudaranya, wahai saudaraku, kurangkan maksiatmu!
Saudaranya menjawab, biarkan aku dengan Tuhanku! Adakah Dia mengutus engkau untuk mengawasiku?
Sehingga suatu hari saudara yang rajin ibadah melihat saudaranya melakukan suatu maksiat yang sangat besar pada pandangannya. Lalu dia berkata, celaka engkau! berhentilah!
Suadaranya menjawab, biarkan aku dengan Tuhanku! Adakah Dia mengutus engkau untuk mengawasiku?
Lantas saudara itu berkata, demi Allah! Allah tidak akan ampunkanmu, Allah tidak akan masukkanmu ke dalam syurga selama-lamanya!
Maka Allah mengutus Malaikat maut mengambil nyawa kedua-duanya, lalu dihimpunkan kedua-dua di hadapan-Nya.
Allah berkata kepada hamba-Nya yang berdosa, pergilah engkau, masuklah syurga dengan rahmat-Ku!
Dan Dia berkata kepada yang seorang lagi, adakah engkau seorang yang maha mengetahui? adakah engkau berkuasa menentukan apa yang ada di dalam tangan-Ku?
Maka Allah perintahkan kepada para malaikat, bawalah dia ini ke neraka!
Rasulullah s.a.w. menutup bicaranya dengan sabda (maksudnya), "demi Tuhan yang nyawa Abi al-Qasim di Tangan-Nya, sesungguhnya satu perkataan yang diucapkan oleh seseorang, boleh membinasakan dunia dan akhiratnya!"
(Riwayat Ahmad)

Nikmatilah KOPI

Pada suatu hari, sekumpulan bekas pelajar sebuah university menziarahi guru mereka yang telah tua. Setelah beberapa tahun berpisah, itulah kali pertama mereka bertemu semula.
Masing-masing telah Berjaya menjawat pelbagai jawatan penting dalam sector awam dan swasta. Sebahagiannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Sedang mereka asyik bercerita mengenai pengalaman, cabaran dan permaslahan yang di hadapi, guru masuk ke dapor menyediakan minuman.
Dari jauh dia memasang telinga mendengar perbualan mereka. Walaupun mereka telah mencapai taraf kehidupan yang boleh dikatakan agak selesa, namun kedengarannya ada yang masih belum berpuas hati, yang merungut tentang itu dan ini, yang tertekan dengan bebanan pekerjaan dan sebagainya.
Sebentar kemudian dia keluar membawa seteko kopi dan beberapa biji cawan yang bercampur-campur jenis, warna, mutu dan bentuknya. Ada cawan pelastik, cawan kristal yang berkilau-kilau, cawan seramik yang berkualiti, cawan kaca dengan corak yang menarik dan macam-macam lagi. Pendeknya setengah cawan itu terlalu cantik dan mahal harganya, setengahnya pula cawan biasa dan boleh kata tidak begitu berharga.
Dengan senyum, guru mempersilakan muridnya minum kopi.
Maka merekapun berebut-rebut memilih dan mengambil cawan yang paling cantik dan paling mahal.
Sambil memerhatikan gelagat mereka, dia berkata:
Sebenarnya itulah punca masalah kamu semua.
Yang kamu tumpukan perhatian adalah cawan, sedangkan apa yang kamu perlukan adalah kopi. Apabila tumpuan diberikan kepada cawan, maka keenakan kopi tidak dapat dinikmati.
Jadi nikmatilah kopimu, usah pedulikan cawannya.
Sunday, January 10, 2010
Keberkatan makanan

Daripada Wahsyiyyi bin Harb, daripada ayahnya, daripada datuknya Wahsyiyyi r.a., sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pernah mengadu kepada baginda dengan berkata:
“Ya Rasulallah! Sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak rasa kenyang!”
Baginda bersabda (maksudnya): “Boleh jadi kamu makan berasingan?”
Mereka menjawab: “Ya!”
Maka baginda bersabda (maksudnya): “Oleh itu berkumpullah di hadapan makanan kamu (makan bersama), sebutlah nama Allah ketika (hendak) makan nescaya Dia memberkati kamu pada makanan itu”.
Dikeluarkan oleh Ahmad dan lain-lain.
Thursday, January 07, 2010
Siapa yang keliru?
Saya menerima email dari seorang teman mengatakan bahawa semalam, semasa melalui DUKE dekat Gombak terdapat satu kain rentang yang bertulis: "Allah is the God of Muslims and not the God of the Christians" - Penduduk Taman Selasih.
Subhanallah! Maha Suci Allah! Adakah betul Allah itu adalah Tuhan bagi orang Islam?
Sejak sekian lama kita diajar membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat di dalam solat. Ayat kedua surah tersebut berbunyi:
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.”
Ayat ini dengan jelas menegaskan bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan, bukan sahaja untuk sekelian manusia baik yang Islam atau bukan Islam, malah Allah jugalah Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir alam seluruhnya.
Dalam bersemangat mempertahankan kesucian kalimah Allah, jangan sampai kita terkeliru. Silap-silap aqidah kita yang terseleweng, na’udzubillah!
Sebagai muslim, tanggungjawab kita adalah membetulkan kepercayaan karut yang mereka anuti. Lantaran itu kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan. Tersilap langkah boleh menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada Islam. Yang rugi kita juga.
Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perihal orang-orang musyrik yang menyembah berhala tetapi tetap mengakui Allah sebagai Pencipta dan Pemberi rezeki.
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?” (Al-‘Ankabut 29:61)
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” (Al-‘Ankabut 29:63)
Orang-orang Yahudi mendakwa ‘Uzayr anak Allah dan orang-orang Nasrani pula mendakwa al-Masih anak Allah.
“Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” (Al-Taubah 9:30)
Dengan kesyirikan mereka yang nyata itu Allah tidak pula membantah dan melarang mereka mengakui Dia sebagai Tuhan. Sebaliknya Allah mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Mengaku Allah sebagai Tuhan, sembahlah Dia, ikutlah perintahNya, taatilah ajaranNya.
Jadi, yang salah bukan mengaku Allah sebagai Tuhan. Tetapi mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau syirik.
Syirik inilah yang mesti ditentang dan diperangi habis-habisan.
Syirik banyak bentuknya. Ada yang nyata (jaliy), ada yang tidak nyata (khafiy). Di kalangan orang Islam sekarang banyak fahaman dan amalan yang berupa syirik sama ada nyata atau tidak nyata. Sejauh mana kepekaan kita mengenainya?

Tuesday, January 05, 2010
Bukan Islam tidak boleh guna perkataan Allah untuk menamakan tuhan mereka?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Esa pada Dzat-Nya
Dengan Nama Allah Yang Maha Esa pada Sifat-Nya
Dengan Nama Allah Yang Maha Esa pada Af’al-Nya
Tahniah kepada semua yang telah Berjaya melangkah ke tahun baru hijriah 1431 dan masihi 2010.
Kehadiran tahun baru bukan saja riuh dengan acara sambutan beraneka rupa dan gaya, malah turut diriuhkan dengan isu penggunaan nama Allah oleh orang yang tidak beriman kepada Allah. Aneh sekali bunyinya; mereka tidak beriman kepada Allah sebagaimana sepatutnya tetapi berkeras dan bertegas mahu menggunakan perkataan Allah sehingga sanggup mengemukakan rayuan di mahkamah kemudian diputuskan pula oleh hakim yang juga tidak beriman kepada Allah!!!?????
Dan lebih aneh lagi kita umat Islam yang dok bertelagah sama sendiri!? Ada yang menyokong, ada yang membantah keras, dan tentunya ramai yang tak tahu, tak ambil tahu dan buat-buat tak tahu.
Sedia maklum bahawa nama adalah sesuatu yang unik dan istimewa. Nama bukan hanya sekadar perkataan yang tidak mengandungi apa-apa makna. Nama sebenarnya menunjukkan hakikat apa yang dinamakan. Lantaran itu ketika Allah menciptakan Adam ‘alaihis-salam dan mengistiharkannya sebagai khalifah di bumi diajarkannya nama-nama semua perkara (And He taught Adam all the names, then showed them to the angels, saying: Inform Me of the names of these, if ye are truthful. (Q 2:31)
Satu perkataan yang menjadi nama atau sifat kepada sesuatu tidak mungkin digunakan untuk sesuatu yang lain.
Kalau kita bela kambing, binatang yang berkaki empat, tidak bersayap, bolehkah kita namakannya burung?
Kalau kita memiliki rumah pangsa 2 bilik di tingkat 5, bolehkah kita namakan rumah itu banglo?
Kalau seorang lelaki yang mempunyai anak walaupun hanya seorang, bolehkah kita panggil dia mandul?
Begitulah seterusnya…
Justeru, kita ingin menyeru saudara-saudara kita yang belum Islam: jika anda betul-betul sayangkan Allah dan percaya kepada Allah, marilah beriman kepada Allah sebagaimana yang diperintah dan dikehendaki-Nya yang terkandung di dalam kitab-Nya, surah al-ikhlas 112:1-4:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤)
Say: He is Allah, the One! (1) Allah, the eternally Besought of all! (2) He begetteth not nor was begotten. (3) And there is none comparable unto Him. (4)
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.(1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.(2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan(3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(4)
Allah tidak boleh menerima sama sekali dakwaan mereka yang mengatakan Dia mempunyai anak atau apa-apa bentuk sekutu sekalipun. Dia berfirman maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72)
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (73)
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. (74)
Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (75)
They do blaspheme who say: "Allah is Christ the son of Mary." But said Christ: "O children of Israel! worship Allah, my Lord, and your Lord." Whoever joins other gods with Allah―Allah will forbid him the Garden and the Fire will be his abode. There will for the wrong-doers be no one to help. (72)
They disbelieve who say: Allah is one of three in a Trinity: for there is no god except One God. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them. (73)
Why turn they not to Allah and seek His forgiveness? For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful. (74)
Christ the son of Mary was no more than an Messenger; many were the Messengers that passed away before him. His mother was a woman of truth. They had both to eat their (daily) food. See how Allah doth makes His Signs clear to them; yet see in what ways they are deluded away from the truth! (75)
Al-Maeda 5:72-75
Tidak ada jalan lain untuk menyatakan saying kepada Allah melainkan dengan mengikuti ajaran yang disampaikan oleh pesuruh-Nya.
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١
(قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٣٢
Say: "If ye do love Allah, follow me: Allah will love you and forgive you your sins; for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." (31)
Say: "Obey Allah and His Messenger"; but if they turn back, Allah loveth not those who reject Faith. (32)
Al-E-Imran 3:31-32

Monday, December 14, 2009
15 Nasihat Imam Sufyan ath-Thauri
1. Perbaiki urusan dalamanmu, Allah akan baiki urusan luaranmu. Perbaiki hubunganmu dengan Allah, Dia akan baiki hubunganmu dengan manusia. Beramallah untuk akhiratmu, Allah akan jamin urusan duniamu. Juallah duniamu dengan akhirat, engkau akan beroleh keuntungan kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan dunia, kelak engkau akan rugi kedua-duanya.
2. Beramallah untuk duniamu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sini (sementara). Dan beramllah untuk akhiratmu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sana (selama-lamanya).
3. Akan tiba satu masa dalam kehidupan manusia di mana hati-hati semuanya mati, yang hidup hanyalah jasad.
4. Pemandangan paling indah adalah di kala si kaya merendah diri di hadapan si miskin. Dan pemandangan paling jelik adalah di kala si miskin menghina diri di hadapan si kaya.
5. Tiada yang lebih sukar untuk dirawat selain daripada nafsuku; sekali ia menang, sekali lagi ia kalah.
6. Kamu termasuk orang yang sabar apabila memiliki tiga perkara: tidak menceritakan musibah yang menimpa diri sendiri, tidak menghebahkan penderitaan yang dialami dan tidak memuji diri sendiri.
7. Sekiranya saudaramu berkunjung ke rumahmu, jangan engkau tanya ‘adakah anda sudah makan’ atau ‘mahukah saya hidangkan makanan’? Sebaliknya, hidangkanlah makanan. Jika dia mahu, dia makan. Jika tidak, angkatlah kembali hidangan itu.
8. Andainya engkau mengenali dirimu, maka apa saja yang diperkatakan manusia tentang dirimu, tidak akan memudaratkanmu sedikitpun.
9. Hendaklah kamu sentiasa berwaspada daripada orang yang tidak ada sesuatupun yang terlindung daripadanya, berharaplah kepada orang yang mempunyai kuasa untuk menunaikannya, dan berhati-hatilah daripada orang yang memiliki kekuasaan untuk menyiksamu.
10. Sekiranya binatang ternakanmu memahami tentang kematian sebagaimana yang engkau fahami, tentu engkau tidak akan dapat makan binatang yang gemuk sama sekali.
11. Hendaklah engkau membanyakan kebaikan, dengannya Allah akan jadikan temanmu di dalam kubur. Jauhilah perkara yang haram, engkau akan rasai kemanisan iman.
12. Terima dengan ridha apa yang Allah bahagikan kepadamu, nescaya engkau jadi kaya. Dan bertawakkallah kepada Allah, nescaya engkau jadi kuat.
13. Jangan suka mencela, nescaya engkau selamat daripada celaan manusia. Jadilah seorang yang penyayang, nescaya engkau akan dikasihi manusia.
14. Apabila terlintas di dalam hatimu tentang urusan akhirat, segeralah laksanakannya dengan bersungguh-sungguh sebelum syaitan berpeluang menghalangimu daripada melakukannya.
15. Jangan engkau bencikan seseorang yang taat kepada Allah, jadilah seorang yang penyayang kepada semua golongan manusia, jangan putuskan silatul rahim sekalipun dengan orang yang tidak menghiraukanmu, jangan berdendam kepada mereka yang menzalimimu, nescaya engkau akan mendampingi anbiaa’ dan syuhadaa’.

Friday, December 04, 2009
Di saat kematian menjengah III
v. Mu’az bin Jabal
ketika maut menghampiri dan dia dalam keadaan nazak, dia menyeru Tuhannya: Ya Tuhanku, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu. Dan hari ini aku mengharap akan rahmat-Mu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku cintakan dunia ini bukan kerana sungainya yang mengalir, bukan untuk menanam pokok yang banyak. Sebaliknya aku cintakan menahan dahaga ketika berpuasa, melawan mengantuk ketika berjaga, menggauli ulamak di halaqah ilmu….
Kemudian terbanglah ruhnya selepas dia menyebut
لا إله إلا الله
At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Sebaik-baik lelaki ialah Mu’az bin Jabal.
Al-Bukhari pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Manusia yang paling mengasihani umatku ialah Abu Bakar, dan yang paling alim tentang halal dan haram ialah Mu’az bin Jabal.
vi. Bilal bin Rabah
ketika maut menghampiri Bilal, menangislah isteri melihatnya sambil merintih: aduhai betapa sedihnya…!
Mendengar rintihan isterinya, Bilal membuka selimut yang meliputi wajahnya sedang dia berada dalam keadaan nazak, lantas berkata:
jangan engkau berkata alangkah sedihnya, tetapi katakanlah: alangkah girangnya..! esok kita akan bertemu para kekasih, Muhammad dan sahabat-sahabat!
vii. Abdullah bin Mas’ud
Ketika hampir mati, dia memanggil anaknya dan berkata:
wahai Abdul Rahman bin Abdullah bin Mas’ud, aku wasiatkan kamu lima perkara, peliharalah ia:
- Putuskan harapan kamu daripada manusia kerana itulah kekayaan yang sebenarnya.
- Berhenti dari meminta hajat kamu kepada manusia kerana itulah kefakiran yang pasti
- Tinggalkan perkara-perkara yang engkau tidak mampu, jangan lakukannya.
- Sekiranya engkau dapat jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, maka lakukanlah.
- Dan sekiranya engkau menunaikan solat, maka tunaikanlah solat selamat tinggal, seolah-olah engkau tidak akan solat lagi selepas itu.
Bersambung.....

Subscribe to:
Posts (Atom)