Sunday, December 09, 2018

Mendidik bukan sekadar dengan kata-kata


Pada suatu hari ketika Ma’mun bin Harun ar-Rashid masih kecil, secara tiba-tiba gurunya memukulnya dengan tongkat tanpa sebab.
Dia bertanya: kenapa tuan guru memukul saya?
Gurunya menjawab: engkau diam!

20 tahun selepas itu Ma’mun diangkat menjadi khalifah.
Dia memanggil gurunya dan bertanya: kenapa tuan guru memukul saya ketika saya kecil dahulu?
Gurunya tersenyum sambil bertanya kepada Ma’mun: tidakkah engkau telah lupa?
Ma’mun menjawab: tidak. Demi Allah saya tidak akan melupakannya.

Guru menjelaskan: itulah yang ingin aku ajarkan kepadamu bahawa sesungguhnya orang yang dizalimi itu tidak akan melupakan kezaliman yang dilakukan ke atasnya!

No comments: