Musibah yang
menimpa kita ialah kita tidak pergi haji melainkan membawa balik tamar, air
zamzam, biji-biji tasbih buatan China.
Musibah yang
menimpa kita ialah kita tidak puasa melainkan dengan menikmati hidangan
sambusa, roti pita dan jus asam jawa.
Musibah yang
menimpa kita ialah kita tidak solat kecuali dengan menggerakkan anggota dan
otot-otot yang memeberi faedah kepada sendi-sendi tetapi tidak berbekas pada
hati.
Umar bin
al-Khattab r.a. pernah bertanya para hadirin tentang seorang lelaki, adakah
dalam kalangan mereka yang mengenali lelaki itu? Lalu seorang lelaki bangun menjawab:
“Saya mengenalinya wahai Amirul Mu’minin!”
Maka berlakulah
soal jawab antara Umar dengan lelaki itu:
U : Barangkali
engkau jirannya? Kerana jiran merupakan orang yang paling mengetahui akhlak
jirannya?
L : Tidak! Saya
bukan jirannya.
U : Boleh
jadi engkau sahabatnya dalam satu perjalanan? Kerana perjalanan yang jauh melondeh
tabiat-tabiat manusia yang terpendam.
L : Tidak! Saya
tidak pernah bermusafir dengannya.
U :
Barangkali engkau berurus niaga dengannya dengan matawang dirham dan dinar? Kerana
dirham dan dinar dapat membongkar logam-logam dari dalam diri seseorang.
L : Tidak! Saya
tidak pernah berurus niaga dengannya.
U :
Barangkali engkau melihatnya di masjid
menggerak-gerakkan kepalanya dalam keadaan berdiri dan duduk (mendirikan solat)?
L : Ya,
betul!
U :
Duduklah! Sesungguhnya engkau tidak mengenalinya.
Sesungguhnya
Umar bin al-Khattab mengetahui bahawa seseorang itu boleh menanggalkan agamanya
di pintu masjid, kemudian dia memakai kasutnya keluar ke persada dunia dalam
keadaan lahap memakan harta orang itu dan merobek maruah orang ini.
Dia mengetahui
bahawa kayu siwak kadang-kadang dapat membersih dan memutihkan gigi, tetapi
gigi yang putih itu malapah daging saudara satu sama lain.
Dia mengetahui
bahawa solat boleh menjadi satu penampilan yang amat menarik bagi si penipu dan
haji boleh menjadi jubah kemasyarakatan yang dipandang tinggi bagi orang yang
rendah akhlaknya.
Dia amat
yakin bahawa tadayyun yang tidak membekas pada tingkah laku merupakan tadayyun
yang kosong.
Indonesia tidak
dibuka oleh orang-orang yang berperang dengan pedang-pedang mereka. Tetapi ia
dibuka oleh para pedagang mulim dengan akhlak dan sifat amanah mereka.
Mereka tidak
menjual barang dengan agama mereka. Lantaran itu manusia sangat kagum dengan
mereka dan berkata: “Alangkah indahnya agama ini!”
Iman yang
palsu lebih buruk daripada kufur yang terang jelas. Dan pada kedua-dua itu ada
jahatnya.
Cara berhubung
dan berinteraksi dengan orang lain adalah gambaran tadayyun yang betul.
Sekiranya manusia
tidak dapat membezakan antara peniaga yang beragama dengan peniaga yang tidak
beragama, maka apakah faedahnya beragama?
Apabila seorang
isteri tidak dapat membezakan antara suami yang beragama dengan suami yang
tidak beragama, maka apakah nilainya beragama itu?
Dan begitulah
kiasan di sebaliknya.
Apabila kedua
ibu bapa tidak dapat melihat perbezaan bakti anak yang beragama dengan anak
yang tidak beragama, maka untuk apakah beragama?
Justeru,
musibah kita ialah haji kita tidak lain daripada tamar, air zamzam, biji tasbih
yang diperbuat di negeri China.
Musibah kita
ialah puasa kita hanya sambusa, roti pita dan jus asam jawa.
Musibah kita
ialah solat kita sekadar gerakan anggota yang bermanfaat buat sendi-sendi tidak
bermanfaat kepada hati.
Manefestasi
tadayyun adalah sesuatu yang dipuji. Dan kita memang berbangga dengan agama
kita, luar dan dalam, bentuk dan kandungannya.
Tetapi yang
mengaibkan adalah kita berpegang pada bentuk luaran, dan kita tinggal isi
kandungan.
Sesungguhnya
agama ini telah merobah pengembala-pengembala kambing menjadi pemimpin umat. Dia
tidak mengubah bentuk luaran tetapi mengubah isi kandungan.
Abu Jahal
memakai jubah dan serban yang sama bentuk dengan apa yang dipakai oleh Abu
Bakar r.a.
Janggut Umayyah
bin Khalaf sama panjang dengan janggut Abdullah bin Mas’ud r.a.
Pedang Utbah
diperbuat daripada logam yang sama dengan pedang Khalid bin al-Walid.
Serupa bentuk
luaran tetapi berbeza kandungan dalaman.
Adakah kita
benar-benar faham apa yang dikehendaki oleh agama kita daripada kita?
Sesungguhnya
agama menuntut kita ibadah dengan maksudnya yang menyeluruh, merangkumi semua
perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya sama ada perkataan, perbuatan, yang
zahir dan yang batin.
Itulah Islam.
Ali bin
Muhammad as-Sollabi
https://ar.islamway.net/article/61744/التدين-الشكلي
No comments:
Post a Comment