Kisah sedih yang sering berulang: hubungan mertua dengan
menantu. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang ibu tunggal berusia 81
tahun. Selepas berkenalan secara ringkas mengenai keluarga dan latar belakang
satu sama lain, dia bertanya:
-
Ustazah, menantu awak ok
tak?
-
Alhamdulillah ok. Semuanya baik-baik
-
Ooo menantu perempuan lain daripada
menantu lelaki kot? (dia tidak ada menantu perempuan kerana anaknya tiga orang
semuanya perempuan)
-
Saya ada juga menantu
lelaki. Pun baik alhamdulillah, macam anak sendiri.
-
Hemm nasib awak baik la...
(dalam hati saya mengucapkan syukur, alhamdulillah kerana Allah telah
mentakdirkan saya menerima menantu yang baik. Tahniah dan terima kasih kepada
semua besan yang telah berjaya mendidik anak-anak dan menyerahkan mereka kepada
saya sebagai menantu yang baik. Alhamdulillah)
Dan dia terus memanjangkan keluhannya, menceritakan perihal
menantu-menantunya yang tidak bersikap baik terhadapnya. Bila dia datang ke
rumah anak menantunya, menantunya hanya menegur sepatah, “bila datang?”
kemudian membisu sampailah dia pulang walaupun dia tinggal berhari-hari di
rumah menantunya itu. Namun begitu dia tetap datang kerana rindukan anak dan
cucu-cucu. Sekarang dia tambah risau kerana akhir-akhir ini anaknya pula
menunjukkan sikap yang dingin terhadapnya.
Saya tanya dia tentang sara hidupnya bagaimana? Dia berkata:
-
Anak saya bagi. Tapi saya bukan
perlukan wang sahaja. Saya perlukan LOVE....
Mendengar sungutannya yang mengguris hati itu saya teringat
kepada sepotong hadis yang ingin saya kongsikan hari ini.
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Celakalah, kemudian celakalah, kemudian celakalah!”
Baginda s.a.w. ditanya, siapakah yang celaka itu ya
Rasulullah?
Sabda baginda: “Orang yang sempat hidup di kala kedua ibu
bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah menjangkau usia tua,
kemudian dia tidak masuk syurga!”
No comments:
Post a Comment