InsyaaAllah azamku sepanjang Rabiul-Awwal ini, berkongsi
sekurang-kurangnya satu hari satu hadis. Semoga dengan ini diriku dan orang
yang membacanya lebih dekat kepada Islam, lebih memahami ajarannya, beramal dengan
berlandaskan ilmu serta menyebarnya tanpu ragu dan sipu...
Daripada Abi Tsabit, ada yang berkata Abi Sa’eid, ada yang
berkata Abi al-Walid Sahl bin Hunaif, Ahli Badar r.a. bahawa Nabi s.a.w.
bersabda maksudnya: “Sesiapa yang memohon kepada Allah akan syahadah (mati
syahid di jalanNya) dengan benar, Allah akan sampaikannya ke tingkat syuhada’
sekalipun dia mati di atas tilamnya.” Riwayat Muslim
Apa yang saya pelajari daripada hadis ini:
1.
Muslim mesti mempunyai
cita-cita yang tinggi, iaitu mati syahid
2.
Muslim mesti berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dicita-citakan dengan memohon
pertolongan daripada Allah SWT. Tanpa pertolonganNya tidak ada apa yang mampu
kita capai
3.
Jangan ragu untuk berdoa
dan jangan hadkan doa dalam batas tertentu, sebaliknya mintalah apa saja yang
kita mahu kerana kita meminta dari Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Memberi.
Tidak suatupun yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya jika Dia mahu
memberikan apa yang kita minta. Jika Dia tidak qabulkan doa kita di dunia, Dia
simpan pahala untuk kita di akhirat
4.
Peluang untuk mencapai
syahadah adalah dengan menggabungkan diri ke dalam gerabak dakwah dan jihad. Itulah
bukti kebenaran doa kita untuk mati syahid. Dan Allah hanya akan sampaikan kita
ke tingkat syudaha’ jika kita memohon dengan benar.
No comments:
Post a Comment