Imam an-Nawawi
berkata bahawa para ulamak berkata: taubat itu wajib daripada segala dosa. Sekiranya
maksiat yang dilakukan itu melibatkan hamba dengan Allah Ta’ala, tidak ada
kaitan dengan hak anak Adam, maka baginya tiga syarat.
Pertama :
berhenti dari melakukan maksiat itu serta merta
Kedua :
menyesal di atas apa yang telah dilakukan
Ketiga :
berazam untuk tidak kembali melakukannya selama-lamanya.
Jika tidak
ada satu daripada tiga syarat di atas, taubatnya tidak sah.
Dan sekiranya
maksiat itu bersangkutan dengan anak Adam, maka syaratnya empat.
Tiga yang
di atas.
Keempatnya adalah
melepaskan tanggungan dari tuannya. Jika harta atau seumpamanya hendaklah
dipulangkan. Jika had qazaf dan seumpamanya serah diri supaya dia dapat
menuntut dilaksanakan atau memohon kemaafannya. Jika umpatan, hendaklah meminta
dia menghalalkannya.
Dan orang
yang berdosa itu wajib bertaubat daripada semua dosa-dosanya.
Jika dia
bertaubat daripada sebahagiannya sah taubatnya di sisi ahlul-haq daripada dosa
itu, dan tinggal di atas tanggungannya sebahagian lagi.
Sesungguhnya
telah betimbun dalil-dalil al-Kitab dan as-Sunnah serta ijmak ummah tentang
wajibnya bertaubat.
-
Imam an-Nawawi, Riadh as-Solihin, bab
at-Taubah.
No comments:
Post a Comment