“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak
berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia
menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk)
mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Ibn
Kathir (wafat tahun 774H) menyebut bahawa ayat di atas turun berkaitan dengan
kisah kematian bapa saudara Nabi s.a.w., Abu Talib bin Abdul Muttalib. Daripada
Abu Hurairah r.a. dia berkata: Manakala Abu Talib sedang berada di ambang
kematian, Rasulullah s.a.w. mendakatinya seraya bersabda: “Wahai bapa saudaraku,
ucapkanlah tiada tuhan melainkan Allah, nescaya aku menjadi saksi bagimu pada hari
qiamat kelak.”
Abu
Talib menjawab: “Kalaulah tidak kerana aku akan diaibkan oleh Quraisy dengan
kata-kata mereka bahawa tidak ada yang mendorongku untuk mengucap kecuali
kerana takutkan kematian, nescaya aku akan mengucapkannya demi menenangkan matamu.
Ya, aku tidak akan mengucapkannya melainkan kerana aku ingin menenangkan matamu
(hatimu)!” Riwayat Muslim dan at-Tirmizi.
Perhatikan
jawapan Abu Talib kepada Rasulullah s.a.w.! Dia ingin mengucapkan kalimah yang
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. demi untuk menyenangkan hati anak saudaranya
yang sangat disaynginya itu. Namun dia memilih untuk tidak mengucap kerana
tidak mahu nanti dia dicemuh oleh kaum Quraisy dengan tuduhan bahawa dia hanya
mengucap kerana takutkan kematian!
Itulah,
betapa ruginya kalau kita asyik fikir apa orang kata, padahal mereka tidak
berupaya sedikitpun untuk memberi manfaat atau mudarat kepada kita.
- Tafsir
Ibn Kathir
No comments:
Post a Comment