Diriwayatkan
bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Musa ‘alaihissalam:
“Wahai
Musa, tolonglah tuan mohon kepada Allah untuk saya, agar Dia menunaikan hajat
saya yang mana Dia yang maha mengetahui tentang hajat saya itu!”
Maka Nabi
Musapun berdoa kepada Allah agar menunaikan hajat lelaki itu.
Apabila Nabi
Musa turun dari tempat ibadahnya, dia mendapati lelaki itu mati dibunuh oleh
bintang buas. Badannya luka parah disiat-siat.
Nabi Musa
bertanya penuh keheranan: “Wahai Tuhanku, kenapa dengan lelaki ini?”
Allah Ta’ala
menjawab: “Wahai Musa, sesungguhnya dia meminta kepadaKu darjat (kedudukan di
syurga) yang Aku ketahui bahawa amalannya tidak akan menyampaikannya ke darjat
itu. Lalu Aku timpakannya musibah seperti yang engkau saksikan supaya musibah
itu menjadi wasilah untuknya sampai ke darjat yang dia minta itu!”
Apabila disebutkan
kisah ini, Abu Sulaiman ad-Darani berkata: “Maha Suci Allah. Sesungguhnya Dia
berkuasa jika Dia mahu lelaki itu mencapai darjat yang dia minta tanpa bencana
yang menimpanya itu. Namun, demikianlah Dia berbuat apa yang Dia kehendaki!”
Al-Jami’
liAhkam alQuran, AQurtubi (wafat 671H).
No comments:
Post a Comment