1.
Sebab turun azab kemusnahan
dari Allah ialah kerana tidak adil dalam perlaksanaan hukuman, bukan kerana
tidak jalankan hukuman:
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya telah
dibinasakan umat sebelum kamu kerana apabila orang berkedudukan tinggi dalam
kalangan mereka mencuri, mereka biarkan. Apabila orang lemah berkedudukan
rendah dalam kalangan mereka mencuri, mereka laksanakan hudud ke atasnya.”
Riwayat al-bukhari
2.
Sebab azab pemusnahan dari
Allah juga ialah bila kezaliman tidak dihalang:
Ahmad dan Ashab as-Sunan meriwayatkan bahawa Abu Bakar
r.a. berkata maksudnya: “Ketahuilah bahawa seandainya manusia itu apabila
mereka melihat orang zalim melakukan kezaliman, mereka tidak memegang tangannya
untuk menghalangnya, tdak lama Allah akan merangkumi mereka semua dengan
siksaanNya.”
3.
Allah tidak turunkan azab
pemusnahan umum hanya dengan sebab kekufuran tetapi dengan sebab kejahatan dan
kezaliman dengan makhluk
Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaili berkata di dalam kitab “at-Tafsir
al-Munir” maksudnya: “Tidak diturunkan azab dengan mencabut akar umbi sesuatu
kaum kerana kaum itu sekadar beri’tiqad dengan aqidah syirik dan kufur sahaja,
sebaliknya azab diturunkan apabila mereka melakukan kejahatan di dalam urusan sesama
mereka serta melakukan kezaliman dan penindasan.”
Asy-Syaukani di dalam kitab tafsirnya “Fathul Qadir”
berkata maksudnya: “Tidak benar dan tidak tepat bahawa Allah membinasakan
penduduk sesebuah negeri kerana mereka bergelumang di dalam aqidah syirik, pada
hal terdapat dalam kalangan mereka orang-orang yang melakukan islah dan pembaikan,
hak-hak sesama mereka dipenuhi dan tidak berlaku kezaliman ke atas manusia. Ini
bermakna manusia tidak dibinasakan hanya semata-mata kerana syirik sahaja
sehinggalah mereka menggabungkannya dengan perbuatan membuat kerosakan di muka
bumi.”
Al-Khatib asy-Syarbini asy-Syafi’ei berkata di dalam
kitab tafsirnya “as-Siraj al-Munir” maksudnya: “Azab dengan mencabut akar umbi
tidak diturunkan kerana sesuatu kaum itu berpegang dengan aqidah syirik. Sebaliknya
ia hanya diturunkan azab apabila mereka melakukan kejahatan dalam urusan sesama
mereka dan sungguh-sungguh melakukan penindasan dan kezaliman. Justeru,
dikatakan bahawa hak Allah Ta’ala terbina di atas dasar musamahah wa musahalah
(kemaafan dan keringanan). Manakala hak hamba dibina diatas dasar dhayyiq wa
syuhh (kesempitan dan kebakhilan / perkiraan yang amat ketat). Terdapat satu
ungkapan daripada athar “Raja akan kekal sekalipun dia kufur, tetapi tidak
kekal sekiranya dia zalim”. Dan sebenarnya azab yang ditimpakan ke atas kaum
Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Syuaib yang diceritakan oleh Allah adalah kerana mereka
menindas dan menzalimi makhluk.”
Imam al-Baidhawi menaqalkan dan memperakukannya di dalam
tafsirnya bermaksud: “Raja kekal dengan aqidah syirik, tetapi tidak kekal
dengan perlakuan zalim.”
Al-Qurtubi di dalam tafsirnya berkata maksudnya: “Tidaklah
Allah membinasakan mereka dengan sebab kufur semata-mata sehinggalah mereka
menyalutkannya dengan melakukan kerosakan. Demikianlah dibinasakan Kaum Syuaib
dengan penipuan di dalam sukatan dan timbangan dan kaum Lut dengan liwat. Ini menunjukkan
bahawa maksiat kezaliman lebih dekat kepada azab ke akar umbi di dunia
berbanding dengan syirik. Manakala azab syirik lebih teruk dan lebih pedih di
akhirat.”
Ibn Taimiah berkata di dalam kitabnya “al-Hisbah” dan “Majmu’
al-Fatawa” maksudnya: “Sesungguhnya manusia tidak berselisih pendapat tentang kesudahan
kezaliman itu kehinaan dan kesudahan keadilan itu kemuliaan. Justeru,
diriwayatkan ungkapan, “Allah menolong negara yang adil sekalipun kafir dan
tidak menolong negara yang zalim sekalipun mu’min.”
No comments:
Post a Comment