Tuesday, October 30, 2018

ELAKKAN PENYESALAN


Beberapa ketika sebelum menjelang fajar, kelihatan seorang nelayan sedang duduk di tepi pantai. Dia ternampak satu kantung yang penuh berisi anak batu.

Dia memungut kantung tersebut. Dia mengambil sebiji anak batu daripada kantung dan dicampakkannya ke dalam laut. Ketika anak batu jatuh mencecah air laut yang tenang, terjadi satu bunyi yang menyenangkan telinganya. Lalu dia mengulanginya lagi dan lagi.

Dia rasa seronok dan puas dengan aktiviti itu.

Tanpa disedari matahari mula menyimbahkan cahayanya. Warna kantung serta isinya baru terlihat dengan jelas. Isi yang tadinya penuh tidak tinggal lagi kecuali satu biji sahaja. Di bawah sinar matahari yang baru memancar, nelayan itu mendapati bahawa apa yang terkandung di dalam kantung itu, yang telah dibalingnya satu demi untuk menikmati suara percikan air laut dihempas objek yang dibalingnya, bukan anak batu. Sebaliknya ia merupakan batu-batu permata yang berharga.

Maka, apakah yang mampu dilakukan selain menjerit, meluahkan penyesalan yang tidak berkesudahan.
“Aduhai… sekiranya aku tahu ia permata yang berharga, pasti aku tidak membuangnya walaupun satu biji!!!”

Fikirkanlah!
Kantung berisi permata itu adalah usia kita yang kita buang sia-sia detik demi detik.
Suara percikan air itu kesenangan dunia yang sementara.
Kegelapan malam itu adalah kelalain yang membungkus hati dan minda.
Sinaran matahari itu adalah saat kematian yang pasti, di mana apa yang telah terbaung tidak mungkin dapat diambil kembali lagi .

Justeru, mulai sekarang sedarlah! Hargailah usiamu sebelum ia ditamatkan tanpa notis.


Daripada FB Dr Jasem

No comments: