Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang MEMBACA al-Quran dan MEMPERLAJARINYA serta BERAMAL dengannya, dipakaikan kedua ibu bapanya mahkota daripada cahaya yang sinarnya seperti sinar matahari. Dipakaikan kedua-duanya pakaian yang tidak pernah mereka pakai di dunia!”
Kedua-duanya bertanya: ”Apakah yang menyebabkan kami dipakaikan dengan pakaian ini?”
Lalu dijelaskan kepada mereka: “Dengan sebab anakmu mengambil al-Quran (membaca, mempelajari dan mengamalkannya)”
Riwayat Al-Hakim. Beliau berkata hadis ini sahih menurut syarat-syarat Imam Muslim. (islamweb.net)
Ayuh sahabat-sahabatku, anak-anakku, adik-adikku! Kita berlumba-lumba mengambil ALQURAN sebagaimana yang dituntut oleh Nabi kita s.a.w. sebagai satu sumbangan bakti kepada ibu bapa kita.
UMD
16011442/04092020
1 comment:
alhamdulillah terima kasih untuk perkongsian :)
Post a Comment